Monday, July 27, 2015

"Kasih ibu membawa ke Syurga, Kasih ayah tiada tandingannya"

Assalamualaikum,

Dah terlalu lama tak update blog ni. Last updated pada 14 Februari 2013. Satu tempoh masa yg amat2 lama.
Btw, kali ni saya nak share sikit mengenai beberapa perkara. "Kasih ibu membawa ke Syurga, Kasih ayah tiada tandingannya". Dengar je ayat ni dah cukup membuatkan airmata saya mengalir.


Sejujurnya, sebelum ni biasa je saya dengar ayat ni tapi tidaklah terasa sangat mungkin disebabkan faktor usia yang masih muda. Tapi sekarang dengan usia yang sudah menigkat naik semakin lama semakin faham erti sebuah kehidupan, pengorbanan, etc. Kalimah ini yang sering membuatkan airmata saya menitis. Menitis bukan kerana apa, menitis kerana memikirkan jasa pengorbanan mereka, harapan mereka, dan segala2 nya mampukah saya mencapainya. Mampukah saya membalasnya. Walaupun ramai yang menganggap saya ni seorang yang susah nak mempamerkan perasaan even dengan mak ayah sendiri, tapi disudut hati hanya Allah yang tahu.

Baru2 ni saya ditimpa demam yang agak teruk selama seminggu. Sepanjang saya sakit mak dengan ayah lah yg jaga saya. Hantar pergi klinik, sediakan makanan, urut kepala saya etc. semuanya mereka lakukan. Walaupun pada waktu tu kesihatan mak tak berapa baik tapi mak tetap buat semua tu. Bila mak tak dapat masak, ayah yg masakkan utk saya. Menitis airmata saya ketika itu dan pada masa yg sama saya terfikir kalaulah mereka sakit dapatkah saya berbuat demikian. Betul kata pepatah yang lebih kurang berbunyi  "Seorang Emak/ ayah boleh membesarkan berpuluh-puluh orang anak, tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga kedua orang tuanya". 


Kepada mak dan ayah, saya ucapkan jutaan terima kasih diatas segala pengorbanan mak ayah dalam membesarkan saya dan adik beradik yang lain. Walaupun dengan jutaan wang ringgit sekalipun, sememangnya takkan dapat membalas jasa mak ayah yang sungguh tak ternilai. Hanya doa yang dapat saya panjatkan. 

*saya sedih sebab saya masih belajar, masih lagi bergantung pada mak dengan ayah.. :(
  tiap2 petang kt UTM saya selalu buka lagu ni



Thursday, February 14, 2013

Pengalaman suatu institusi kehidupan

Ada perkara yg perlu kita tahu dlm hidup ini. Apabila kita dirundung malang, pada satu sudut kita rasakan ia sesuatu yg sgt pahit dan menyakitkan. Tetapi apabila kita merentasi perkara tersebut, kita dpt merasakan ia suatu pengajian, institusi atau universiti kehidupan yg sgt bermakna kpd. kita. Kita tak mungkin jadi manusia yg halus jiwanya, tajam penilaiannya, luas pertimbangannya jika kita tidak dibekalkan dgn pengalaman. Manusia mungkin boleh mengutip pengetahuan drpd. mulut orang lain atau membacanya drpd buku, tetapi pengalaman sesuatu yg tidak sama sekadar pengetahuan biasa. Pengalaman adalah sesuatu yg besar yg mana menjadikan kita ini akan lebih halus perasaannya. Justeru, 
"Pengalaman itu universiti kehidupan"

Wednesday, October 10, 2012

NIAT

"Berbuat aduhai teman,
Kemerata dunia engkau taburkan,
Walau tidak dikenal Insan,
Tuhanmu tahu ia kah bukan."


"Segalanya bermula dengan NIAT. Jika NIAT ikhlas kerana ALLAH, segalanya pasti tanpa diragui."


Tuesday, March 6, 2012

Pergantungan Hanya Kepada Allah



"Ya Allah tiada yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan,
Dan tiada yang dapat memberi apa yang engkau telah halang."