Sunday, December 4, 2011

Salah Faham??

Assalamualaikum..

Kali ini saya mahu berkongsi mengenai salah faham yang sering berlaku apabila tibanya maal Hijrah..
Baru-baru ini saya terbaca blog minda tajdid karya Dr. Asri..
Satu soalan telah diajukan kepada beliau : 

"Dr Asri, menjelang bulan Muharram, kita umat Islam akan memperkatakan tentang bulan ini sebagai bulan Hijrah, di mana Nabi s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Bolehkah Dr bincangkan hikmah Nabi s.a.w memilih bulan Muharram sebagai bulan hijrah baginda? Apakah lagi yang patut kita lakukan untuk menyambut bulan hijrah ini selain dari apa yang biasa masyarakat kita lakukan?"
 
Berikut merupakan jawapan Dr. Asri :

1. Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a. membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

2. Dahulunya, orang Arab tidak mempunyai kiraan tahun. Mereka hanya mempunyai kiraan bulan dengan nama bulan seperti yang digunakan oleh umat Islam. Nama bulan-bulan hijrah kita hari ini diambil dari nama bulan-bulan ‘Arab. Cumanya, Arab tidak mempunyai kiraan tahun seperti mana bangsa Rumawi yang mempunyai kiraan tahun masihi mereka.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w. untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah.

4. Menurut para pengkaji Sirah Nabi s.a.w, hijrah berlaku dalam Bulan Rabi’ul Awwal, bukan Bulan Muharram. Ini disebut dalam pelbagai riwayat. Sebuah karya kajian sirah Nabi s.a.w yang mendapat anugerah dan pengiktirafan besar dalam dunia Islam iaitu al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri telah menyimpulkan bahawa Nabi s.a.w keluar dari rumah baginda ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah. Inilah kesimpulan yang diambil dari pelbagai riwayat serta catatan ahli sejarah dan hadis. (lihat perincian: al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 163-172. Beirut: Muassasah Fuad).

Sekian, Terima Kasih..

Friday, November 4, 2011

HUKUM PEMBEDAHAN BATIN

Syor utk kesimpulan isu pembedahan batin;

Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut :

1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains.

2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh.

3) Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra' adalah batil kerana perkara tersebut adalah irhas/mu'jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan nabi.

4) Pembedahan batin telah diamalkan dalam agama lain dengan begitu berleluasa seperti Kristian atas nama spiritual healing, psychic surgery @ operation, jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah. Ini menunjukkan, Islam, iman dan taqwa bukanlah syarat utama pembedahan batin boleh dilakukan seperti dakwaan sesetengah pihak.

5) Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam (bukan sahaja al-tibb al-nabawi) sekaligus menafikan jenis-jenis perubatan yang mencarik adat.

6) Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur'an dalam surah al-Jin ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.

7) Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu dipelajari dan boleh dilakukan secara berterusan, ini menunjukkan ia bukan karamah atau ma'unah sebaliknya lebih dekat kepada unsur-unsur sihir dan sya'wazah.

8) Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin dan kembali kepada al-tibb al-nabawi spt menggunakan ayat-ayat syifa', doa ma'thur dll atau kembali kepada perubatan alopati (moden) yang tidak bercanggah dengan hukum syara'.
 
Sumber "Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed"

Wednesday, September 21, 2011

لا تحزن

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib di sini…
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan…
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya…

Ramai orang… Tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya… Selalu orang mengaitkan ketenangan itu… Mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta… Dengan faktor kekayaan… Walaupun itu boleh menjadi penyumbang… Tetapi itu bukan segalanya…

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar… Tidur di atas katil yang empuk… Tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya
tidak nyenyak.. Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk… Kadang2 dia lebih lena daripada kita… 

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat… Lauk pauk yang bagus… Tetapi lidahnya tidak enak.. Lebih enak lagi orang yang makan kadang2 dengan satu dua mata lauk.. Tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya…

Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.. Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah yang besar… Dan makanan yang sedap.. Tentulah hidupnya bahagia dan tenang… Belum tentu !!

Tidak siapa mampu menghalang ketetapan Allah SWT..
Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang..
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun. 
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang… 
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun. 
Jika Allah uruskan urusan kita… Dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita… Walaupun sekelip mata… Dunia boleh berbuat apa-apa… 
Tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.. 
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas… Kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.. Apa yang orang rasa rugi… Allah akan memberikan keuntungan yang mana… Jalan-jalan manusia tak sangka.. Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan 

Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah

Rakan-rakan tengoklah dunia ini… Kadang-kadang rakan-rakan… Manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia… Kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya… Saya nak sebut rakan-rakan..
Berapa banyak dalam hidup rakan-rakan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat !!!

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya.. Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik. Ketika kita ditimpa musibah tertentu… Kita kata, “Habislah aku kali ini” Tapi usia kita telah berjalan Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan hidupan ini.

Ketika kita kata…..

Ya Allah tolonglah aku, ya Allah tolonglah aku, aku susah ya Allah” Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu.. Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur… Di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya. Orang-orang yang diberitahu kepada mereka..

“Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau”
“Nun orang nak ambil tindakan kepada hang”
“Nun orang nak ambil tindakan kepada kau”
“Nun ada orang nak bertindak kepada kau”

Kata Allah iman dia tambah.. Bukan kita kata, “Pasal apalah Allah uji aku? Apalah dosa aku?
Tidak.. Tidak… Mereka kata… “Cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan”

Pengalaman sering mematangkan kita….

Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya.. Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal.. Dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal.. Bila hati insan bulat kepada ya rabb…
“Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah”

Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat…

Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat… Dia akan merasakan dunia ini sangat kecil.. Kehidupan ini sangat luas. Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim…. Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini… Saya tidak tahu manusia yang paling derita di dunia ini.. Allah ambil dia… Allah masukkan dia ke dalam syurga… Dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga… Kemudian dia dikeluarkan… Lalu ditanyanya.. “Wahai fulan adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?” Dia kata, Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini.. Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita…
Allah ambil manusia yang paling nikmat di dalam dunia ini.. Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka… Lalu dikeluarkan dia… “Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?”.. Dia kata, Tak!, aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini.. Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka… Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya.

Masih kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini ?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru.. Dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini.. Suatu nikmat yang besar.. Satu hamba Allah.. Yang patah kakinya… Yang dia tidak pernah pun sebut.. Dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari yang dia pijak.. Tapi apabila suatu hari dia sakit kaki… Dia kata, “Ya Allah bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik”.. Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat.. Kata Hamka,Yang ada ini semua harapan kita”.. Yang
kita ada ini harapan kita… Tetapi insan… Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada… Tetapi jangan lupa yang telah ada !

Bersyukurlah wahai diri ini…

Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut.. Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.. Ramai orang terpaksa sabar… Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah, nak kata apa?.. “Sabar je la, nak buat apa”.. Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti rakan-rakan.. Syukur di atas nikmat…
“Ya Allah apa sahaja yang aku alami…
Daripada nikmatMu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMU.. Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan… Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran”… Subhanallah…
Insan jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya… Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, Kamu tak mampu.. Rakan-rakan bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan… Kita akan rasa Masyaallah hidup ini… Apa yang Allah kurniakan kepada kita… Lebih dari harapan kita sebenarnya…
Kalau rakan-rakan ingat daripada hari rakan-rakan dilahirkan… Tempat rakan-rakan dilahirkan, Rumah rakan-rakan dilahirkan.. Sehingga tempat rakan-rakan ada pada hari ini… Masyaallah… Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu…

Pesanan Nabi buat umatnya…

Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia.. Ketika dia salah seorang daripada dua, dia dan Abu Bakar.. Yakni Nabi dan Abu Bakar… Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)…. Ketika dia berkata kepada sahabatnya

“Jangan Bersedih, Sesungguhnya ALLAH bersama kita!”

(Dr. Mohd Asri Zainal Abidin) 


Sunday, September 4, 2011

Soalan Trivia II

1.     Siapakah wanita yang tidak dilahirkan seperti wanita-wanita lain di dunia?

2.     Pada hari apakah Adam diciptakan?

3.     Apakah pohon yang daripadanya diperoleh kayu sugi?

4.     ب ج د ط ق
Apakah persamaan huruf-huruf di atas?

5.     Namakan surah yang bermula dengan nama buah-buahan?

6.     Apakah nama surah yang berakhir dengan nama dua orang nabi?

7.     Ayat al-Kursi terdapat dalam surah…

8.     1 solat=100,000 solat

9.     Siapakah yang telah beriman dengan kerasulan Muhammad s.a.w. sebelum Baginda diutuskan sebagai Rasul?

10. Apakah nama sebenar Abu Hurairah r.a.?

Jawapan

1.     Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk Adam a.s.
2.     Hari Jumaat.
3.     Pohon Arak.
4.     Huruf-huruf Qalqalah iaitu bunyi akhir huruf nyata dan melantun ketika waqaf.
5.     Surah al-Tin dan al-Zaitun.
6.     Surah al-A’la. Nama nabi tersebut ialah Ibrahim dan Musa
7.     Surah al-Baqarah.
8.     Solat di Masjidilharam. Abu al- Darda’ meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. sabda Baginda yang bermaksud “Solat di dalam Masjidilharam menyamai 100,000 solat..” (Riwayat al-Tabarani)  
9.     Waraqah bin Naufal.
10. Abdul Rahman bin Sakhr r.a.

Thursday, July 21, 2011

Ar Raheeq al makhtum...

Alhamdulillah kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat2 satu buku atau kitab yg amat menarik untuk kita sama2 milikinya. Kitab tersebut bernama AR-RAHEEQ AL MAKHTUM yang membawa makna "Minuman Dari Khamar" sebagaimana terakam di dalam Surah Al-Muthaffifin ayat ke-25. Tetapi dalam bahasa melayu diterjemah secara mudah dengan nama "Cahaya Yang Abadi" dan dalam bahasa Inggeris pula diterjemah sebagai "The Sealed Nectar". Kitab ini sebenarnya hasil karangan Sheikh Safi-ur-Rahman al-Mubarakfuri seorang ulama' dari India.

Jelas sekali bahawa kitab ini merupakan satu hasil  yang tinggi nilainya yang mana menceritakan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. Persidangan Islam pertama mengenai Sirah (riwayat hidup Rasulullah s.a.w.) berlangsung pada tahum 1976 di Pakistan tajaan Liga Islam Sedunia. Pertubuhan ini mengumumkan satu pertandingan sedunia untuk menulis sebuah buku  mengenai riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Sejumlah 150,000 Riyal Saudi atau 40,000 dolar Amerika diisytiharkan sebagai hadiah wang tunai bagi lima buah buku terbaik. Sebanyak 71 manuskrip diterima dari seluruh dunia. Sebuah lembaga yg terdiri daripada para sarjana berkelayakan tinggi menghakimi manuskrip yg diterima dan Kitab Ar-Raheeq al makhtum menggondol tempat pertama atas persembahan yang asli serta penuh dengan pengkisahan menarik. Kitab ini kemudiannya telah mendapat keizinan daripada pengarangnya untuk diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termaksuklah dalam bahasa Melayu. Kitab ini boleh didapati di kedai2 buku seperti MPH.

Justeru saya menyeru para sahabat untuk sama2 kita milikinya bagi menambah pengetahuan kita mengenai riwayat hidup junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan semoga kita mendapat syafaatnya. Jadikanlah buku ini sebagai satu pelaburan untuk diri kita agar mendapat kejayaan di akhirat kelak. 


 




Sunday, June 19, 2011

Cintailah Allah...

Di ceritakan, ada seorang lelaki bakhil dan munafik bersumpah untuk menceraikan isterinya bila isterinya memberikan sedekah. Kemudian datang seorang pengemis mengetuk pintu rumahnya seraya berkata, "Demi hak Allah, apakah engkau tidak akan memberiku sesuatu?" Lalu perempuan itu memberikan tiga potong roti. Apabila diketahui oleh suaminya terus memanggil pengemis itu dan berkata,"Siapakah memberimu roti?" Pengemis itu menjawab,"Aku diberi oleh seorang wanita penghuni dirumah itu." Lalu si suami itu masuk ke rumah dan berkata kepada isterinya."Bukankah aku telah bersumpah agar engkau tidak memberikan sesuatu kepada seseorang pun?" Si isteri menjawab,"Aku memberi kerana Allah." Si suami menyalakan tungku. Setelah panas lalu berkata kepada isterinya. "Masuklah ke situ kerana Allah!" Si isteri kemudian bangkit dan mengambil perhiasannya. "Tinggalkan perhiasan itu!" Kata si suami. Si isteri menjawab,"Seorang pencinta akan berhias untuk kekasihnya. Dan aku hendak menemui kekasihku." Kemudian dia masuk ke dalam tungku itu. Lelaki munafik menutup tungku dan meninggalkan pergi. Setelah tiga hari dia datang lagi dan membuka tungku itu. Dia lihat isterinya selamat dengan kekuasaan Allah sehingga lelaki itu hairan. Kemudian ada suara berkata,"Apakah engkau tidak tahu bahawa api tidak akan membakar kekasih-Ku?" 
(Sumber: Mukhashafah Al-Qulub karangan Imam Al- Ghazali)

"Kalau tak dapat amalkan semua, jangan tinggalkan semua"

Thursday, June 9, 2011

Kisah Nabi Daud dan Nabi Sulaiman

Berlaku pada zaman Nabi Daud a.s. memerintah. Di mana baginda telah didatangi oleh dua rakyatnya yang berselisih dalam kes binatang dan tanaman. Orang yang pertama memiliki kebun tetapi telah dirosakkan oleh kambing-kambing milik seorang lagi. Nabi Daud a.s. menjatuhkan hukuman agar tuan kepada kambing-kambing menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi. Manakala anakanda Nabi Daud a.s. iaitu Nabi Sulaiman a.s. pula mencadangkan agar kambing-kambing itu diserahkan kepada pemilik kebun sementara kebun pula diberikan kepada tuan kambing.Ini kerana kedua-dua pihak berhak memanfaatkan bahagian masing-masing sehinggalah kebun kembali kepada keadaan asalnya dibawah jagaan tuan kambing yang telah merosakkannya. 

Kisah ini diceritakan dan terdapat dalam Tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 79, Surah al-Anbiya'). Maka menerusi ayat ini, Allah s.w.t. menerima pandangan Nabi Sulaiman a.s. sebagai penyelesaian.

Menurut al-Syeikh Muhammadul Amin al-Syanqiti, ayat ini menunjukkan anugerah ilmu pengetahuan yang berbeza kepada dua orang Nabi iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Allah s.w.t. memberi Nabi Sulaiman apa yang tidak dikurniakan kepada Nabi Daud dengan kehendaknya. (Adwa' al-Bayan, tafsir ayat 78-79 surah al-Anbiya')

Justeru saya mengajak para pembaca sekalian untuk beramal dengan membaca ayat 79 surah al-Anbiya' sama ada untuk diri sendiri, anak atau pasangan bagi mendapat berkat ilmu yang Allah s.w.t. kurniakan kepada hamba-Nya yang mulia iaitu Nabi Sulaiman yang pernah menjadi raja yang adil serta bijaksana dalam menyelesaikan sebarang perselisihan rakyatnya. 

"Kalau tak dapat amalkan semua, jangan tinggalkan semua"


Friday, June 3, 2011

Ikhlas Dariku


Ikhlas Dariku
Aku bukan seperti engkau sangkakan,
Pura-pura di dalam berjuang,
Aku tidak pandai menyulam rahsia,
Juga tak pandaiku bermadah pujangga.

Jika ada benci di hati,
Oh katakanlah padaku,
Relaku terima walau kutukan,
Asalkan aqidah terjaga,
Kerana tidak sanggup lagi,
Mempermainkan dustur ilahi,
Hakikat hati tak terluka,
Walau zahirnya ada yang ketawa.

Tuhan ku mohonkan ampunan,
Ketelanjuran yang berulang kali,
Teman kita patrikan disini,
Berakhir sebuah lamunan duniawi.
Terima syukur taufiq ilahi.
Nyanyian: Akhil Hayy



Monday, May 23, 2011

Soalan Trivia


Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita. Mari kita uji minda kita dengan menjawab soalan-soalan trivia berikut:
(1)    Berapa kalikah nama Rasulullah s.a.w. disebut dalam al-Quran?
(2)    Surah pendek yang terdapat padanya 10 huruf waw (و) ialah…
(3)    Apakah kaitan piring Astro dengan kiblat?
(4)    Berapa kalikah perkataan solat diulang di dalam al-Quran?
(5)    Berapakah jumlah perkataan “hari” dan “bulan” diulang di dalam al-Quran?
(6)    Namakan tiga individu yang disebut nama mereka di dalam al-Quran dan mereka bukan para Nabi Allah?
(7)    Nama yang paling disukai oleh Allah ialah…
(8)    Ranking bahasa al-Quran di dunia ialah…
(9)    Hotline : 24434
Apakah yang tersirat disebalik nombor di atas?
(10)Sayyid al-Ayyam merujuk kepada

JAWAPAN
(1)    4 kali
(2)    Surah al-Asr.
(3)    Arah kiblat adalah 45° ke kanan piring Astro. Namun ini bukanlah cara yang tepat untuk menentukan arah kiblat.
(4)    5 kali, simbolik solat yang wajib ditunaikan.
(5)    Hari: 365 kali. Bulan: 12 kali (menurut Abdul  Razzaq Naufal)
(6)    Zulkarnain, Luqman al-Hakim, Al-Aziz dari Mesir.
(7)    Abdullah dan Abdul Rahman.
(8)    Tangga ke-5 bahasa yang paling banyak digunakan.
(9)    Jumlah rakaat solat fardhu bermula dengan solat Subuh dua rakaat hinggalah solat Isyak empat rakkat.
(10)Hari Jumaat (Sayyid al-Ayyam bermaksud Penghulu Segala Hari)

(Sumber: Majalah Solusi, Isu No.18)

Friday, May 6, 2011

Husnul Khatimah

1. Diakhiri dengan lafaz shahadah - Daripada Muaz r.a., bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat - Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Mati seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Tarmizi, Ibn Majah dll)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat - Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah swt menghindarkannya daripada seksa kubur." (Riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan melakukan ibadah - seperti mati ketika dalam solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati

Bagaimana kita mengakhiri hayat kita adalah penting, tetapi jauh lebih penting lagi adakah kita sudah bersiap sedia menghadapinya? Tepuk dada tanya iman :)

~Share from Ustaz Zahazan Mohamed~

Kalau tak dapat amalkan semua jangan tinggalkan semua.”

Sunday, May 1, 2011

B.A.R.A.K.A.H.

Assalamu’alaikum..
Terima kasih diucapkan kepada para sahabat diatas kesudian membaca post saya kali ini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Kali ini saya hendak berkongsi sedikit mengenai apa yang dikatakan sebagai KEBERKATAN
Pada tanggal 28/04 hari Khamis saya bersama 3 orang sahabat yang lain Izzat (BOB), Amirul dan Aqiff bersama-sama dalam satu usrah membincangkan isu-isu agama. Walaupun pada ketika itu kami berada dalam minggu peperiksaan tetapi kami bersyukur kerana diberi peluang oleh ALLAH s.w.t. untuk berdiskusi mengenai Islam.  Banyak perkara yang kami bincangkan tetapi apa yang mendapat perhatian adalah mengenai isu KEBERKATAN.
Dalam diskusi tersebut, yang mana dimulai oleh Izzat (BOB) menyentuh soal bagaimana ingin mendapatkan keberkatan dalam hidup melalui hubungan kita dengan ibu bapa. Manakala Amirul pula banyak membicarakan mengenai keberkatan dalam pelajaran dimana aspek yang ditekankan adalah kejujuran. Aqiff pula membentangkan mengenai keberkatan yang berpucuk pangkal daripada niat kita. Melalui perkongsian tersebut banyak input2 yang dapat dikongsi dan semoga dapat kami manfaatkan.
Namun kali ini, berdasarkan usrah dijalankan saya hendak berkongsi sedikit sebanyak mengenai apa yang dimaksudkan dengan KEBERKATAN.
Definisi
Keberkatan ini jika kita lihat dalam bahasa Arab dipanggil BARAKAH yang mana dari sudut bahasa bermaksud duduk. Namun bahasa Arab dengan penggunaan yang lebih luas BARAKAH berasal daripada perkataan BIRKAH yang membawa maksud kolam. Kolam ini seperti yang kita sudah ketahui bahawa ia mempunyai air yang mana jika kita ambil air daripadanya ia tidak akan terjejas. Kita tidak akan nampak ia mendap kebawah dan Inilah teori keberkatan. Kata seorang mufassir yang hebat dari Mesir beliau berkata keberkatan untuk mudah difahami adalah satu yang banyak disyukuri, yang sedikit mencukupi. Dengan sebab itu kita dituntut untuk mencari keberkatan dimana sahaja kita berada
Bagaimana hendak mendapatkan KEBERKATAN ?
Persoalan ini sering muncul dibibir orang awam dan menurut kebanyakan para Ulama’ keberkatan datang dengan beberapa sebab antaranya:
(1)   Bertakwa kepada Allah s.w.t.
(2)   Banyakkan beristighfar.
(3)   Banyakkan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
(4)   Menjalinkan silaturrahim.
(5)   Melakukan Ibadah sunat.
(6)   Banyakkan bersedekah.
(7)   Berdoa.
(8)   Zikrullah.
Semoga kesemua langkah diatas dapat kita sama-sama amalkan.
Kesimpulannya, keberkatan adalah sesuatu yang kita tidak nampak tetapi keberadaannya boleh dirasai  dalam kehidupan seharian. Sekian sahaja daripada saya semua yang baik datang daripada Allah s.w.t. mana yang kurang datang dari diri saya.  Sama-samalah kita amalkan.
“Sekian, terima kasih” ^_^
Kalau tak dapat amalkan semua jangan tinggalkan semua.”