Sunday, February 6, 2011

Rahsia 5 waktu !!!

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan peubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Waktu subuh
Pada waktu subuh alam berada dalam spektrum berwarna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum ( jaga daripada tidur ). Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat awal waktu. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap yang optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonans pada waktu ruku’ dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zuhur. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman, Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang sering tertinggal atau terlewat zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovary dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang terpisah (tidur). Tenaga pada waktu ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan diwaktu ini kerap dinasikatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spectrum pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka  resonans dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu) kerana banyak interferens (pembelauan)  berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib ini ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila menjelang waktu Isyak, alam berubah kepada warna Indigo dan seterusnya  memasuki fasa kegelapan, Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya , inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem dalam badan berada dalam keadaan rehat. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, thalamus dan hypothalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Kesemuanya dicipta intuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikatnya Allah s.w.t. mewajibkan solat keatas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat memerlukannya.
(Diadaptasi daripada video warna warni solat oleh Ustaz Zahazan Mohamed)


Sekian TERIMA  KASIH   ^_^