Thursday, July 21, 2011

Ar Raheeq al makhtum...

Alhamdulillah kali ini saya nak berkongsi dengan sahabat2 satu buku atau kitab yg amat menarik untuk kita sama2 milikinya. Kitab tersebut bernama AR-RAHEEQ AL MAKHTUM yang membawa makna "Minuman Dari Khamar" sebagaimana terakam di dalam Surah Al-Muthaffifin ayat ke-25. Tetapi dalam bahasa melayu diterjemah secara mudah dengan nama "Cahaya Yang Abadi" dan dalam bahasa Inggeris pula diterjemah sebagai "The Sealed Nectar". Kitab ini sebenarnya hasil karangan Sheikh Safi-ur-Rahman al-Mubarakfuri seorang ulama' dari India.

Jelas sekali bahawa kitab ini merupakan satu hasil  yang tinggi nilainya yang mana menceritakan riwayat Nabi Muhammad s.a.w. Persidangan Islam pertama mengenai Sirah (riwayat hidup Rasulullah s.a.w.) berlangsung pada tahum 1976 di Pakistan tajaan Liga Islam Sedunia. Pertubuhan ini mengumumkan satu pertandingan sedunia untuk menulis sebuah buku  mengenai riwayat hidup Rasulullah s.a.w. Sejumlah 150,000 Riyal Saudi atau 40,000 dolar Amerika diisytiharkan sebagai hadiah wang tunai bagi lima buah buku terbaik. Sebanyak 71 manuskrip diterima dari seluruh dunia. Sebuah lembaga yg terdiri daripada para sarjana berkelayakan tinggi menghakimi manuskrip yg diterima dan Kitab Ar-Raheeq al makhtum menggondol tempat pertama atas persembahan yang asli serta penuh dengan pengkisahan menarik. Kitab ini kemudiannya telah mendapat keizinan daripada pengarangnya untuk diterjemah ke dalam pelbagai bahasa termaksuklah dalam bahasa Melayu. Kitab ini boleh didapati di kedai2 buku seperti MPH.

Justeru saya menyeru para sahabat untuk sama2 kita milikinya bagi menambah pengetahuan kita mengenai riwayat hidup junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan semoga kita mendapat syafaatnya. Jadikanlah buku ini sebagai satu pelaburan untuk diri kita agar mendapat kejayaan di akhirat kelak.