Tuesday, January 11, 2011

What is MAGIC?

Assalamualaikum. Post saya kali ini agak berbeza dgn post yg sebelumnya tetapi menarik juga..


What is Magic? Magic..Ramai orang sukakannya, tapi adakah kita betul2 faham mengenainya..
Magic bukanlah satu trick smata-mata. Tapi Magic adalah kebolehan seseorang berfikir dan mempersembahkan satu2 persembahan di luar kotak pemikiran kebanyakan orang. Suka saya memetik kata2 seorang magician dari Jepun, Cyril Takayama. Menurutnya "Magic is Magic. I don't like to use the word 'trick' because it is like I want to cheat somebody. Look at this sentences 'I want to trick you'. Magic is not a trick but Magic is Magic" Lihat video dibawah..

                                                          



Satu persembahan yang amat mengujakan..betul tak?..tapi  begitu mudah bagi kebanyakan magician.... Bagaimana pula persepsi anda? Ingin tahu rahsianya?
Satu lagi video daripada seorang magician yang sedang meningkat naik...tengok sampai habis!!!



Hehe...macam biase nampak je magician nie...


OK la bagi saya jika orang cakap magic itu adalah sihir, saya amat tak setuju..hanya segelintir magician yang gunakan sihir dalam persembahannya..


Bagi sesiapa yang nak belajar magic, mesti btulkan niat dulu..niat hanya sebagai hiburan dan bukan untuk di bangga-bangga sehingga timbul perasaan riak, ujub dan pelbagai penyakit hati yang lain. Kerana lazimnya manusia amat cinta dengan hiburan, tetapi hiburan mestilah dijana dengan syariat Islam agar kita tidak terpesong dikemudian hari...


Sekian daripada saya. Mana yang salah harap dimaafkan...
Wassalam ^_^

Saturday, January 8, 2011

Tazkiyatun Nafs

Jika kita lihat dalam bahasa Arab HATI dipanggil “Qalbun”. Ia merujuk kepada dua penggunaan:
(1)   Menunjukkan bahagian yang paling murni dan mulia dari sesuatu.
(2)   Berbolak balik.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, hati ini ada beberapa jenis:
1)      Hati yang bersih dan mengandungi nur didalamnya. (iaitu hati para nabi, rasul)
2)      Hati yang tertutup. (Golongan munafik)
3)      Hati yang buta. (Orang Kafir)
4)      Hati yang kadang-kadang  datangnya iman dan penyakit. (Orang beriman)  
Merujuk kepada jenis hati yang keempat iaitu hati orang yang beriman di mana iman kita sering bertambah dan berkurang. Justeru, sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita memastikan bahawa hati kita sentiasa disinari dengan nur iman dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
 Ibrahim Khawas berkata “Allah tidak terima amalan kita melainkan hati kita bersih dan hati itu perlu dibersihkan”. Persoalannya bagaimana hendak bersihkan hati?
Cara membersihkan hati:
(1)   Baca al-Quran dengan tadabbur
Tadabbur disini bermaksud penghayatan yang berkualiti. Namun, timbul pertanyaan bagaimana hendak membaca al-Quran dengan tadabbur?  Pelbagai langkah disarankan oleh kebanyakan  para ulama’ antaranya:
(i)                 Belajar bahasa arab.
(ii)               Belajar tentang  al-Quran ( tajwid, tarannum, tafsir).
(iii)             Membaca al-Quran secara istiqamah.

(2)   Qiamullail.
Qiamullail bermaksud kita menghidupkan malam dengan banyak  beribadat serta bermunajat kepada Allah s.w.t.  sebagai contoh dengan melaksanakan solat sunat tahajjud, solat hajat, solat tasbih, membaca al-Quran dan banyak lagi. Sebaik-baiknya qiamullail dilaksanakan 2/3 malam dan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum masuk waktu subuh.

(3)   Banyakkan Istighfar.
Istighfar boleh dimaksudkan sebagai kita memohon keampunan daripada Allah s.w.t. diatas dosa-dosa kita yang telah lalu. Berikut merupakan dua prinsip istighfar yang penting:
(i)                 Mestilah mengikut dos atau bilangan yang Nabi Muhammad s.a.w.  ajar. Dalam hadis sahih riwayat muslim, Nabi s.a.w. beristghfar sebanyak 100 kali manakala hadis sahih riwayat tirmidzi sebanyak 70 kali. Namun kebanyakan orang mempersoalkan mengapa digunakan  angka 100, 70, 33 dan sebagainya. Imam ibn Hajar al-Asqalani membuat satu komentar yang sangat baik, beliau mengambil contoh seperti pesakit yang datang berjumpa doktor atau tabib. Kemudian doktor tersebut  memberi ubat kepada pesakit serta bilangan ubat perlu dimakan sehari. Begitu juga dengan istighfar, jika ia diamalkan mengikut bilangan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. pasti mendapat kebaikan disebaliknya.
(ii)               Istighfar hendaklah secara beransur dan tenang.

(4)   Kurangkan makan.
(5)   Berdampinglah dengan orang-orang soleh
(6)   Jauhi daripada lakukan dosa.
(7)   Bacalah kisah orang soleh.
Semoga dengan langkah diatas dapat kita manfaatkan sebagai langkah untuk memastikan iman kita sentiasa dalam keadaan mantap.
Perlu difahami bahawa berkata-kata atau berbincang pada perkara yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri, masyarakat dan agama adalah sangat disuruh oleh syarak. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan  yang menyeru kapada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyeru berbuat segala perkara yang baik. Serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)”       (Surah ali-Imran: 104)

Sekian daripada saya….
Wassalam.  ^_^