Jika kita lihat dalam bahasa Arab HATI dipanggil “Qalbun”. Ia merujuk kepada dua penggunaan:
(1) Menunjukkan bahagian yang paling murni dan mulia dari sesuatu.
(2) Berbolak balik.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyyah, hati ini ada beberapa jenis:
1) Hati yang bersih dan mengandungi nur didalamnya. (iaitu hati para nabi, rasul)
2) Hati yang tertutup. (Golongan munafik)
3) Hati yang buta. (Orang Kafir)
4) Hati yang kadang-kadang datangnya iman dan penyakit. (Orang beriman)
Merujuk kepada jenis hati yang keempat iaitu hati orang yang beriman di mana iman kita sering bertambah dan berkurang. Justeru, sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita memastikan bahawa hati kita sentiasa disinari dengan nur iman dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
Ibrahim Khawas berkata “Allah tidak terima amalan kita melainkan hati kita bersih dan hati itu perlu dibersihkan”. Persoalannya bagaimana hendak bersihkan hati?
Cara membersihkan hati:
(1) Baca al-Quran dengan tadabbur
Tadabbur disini bermaksud penghayatan yang berkualiti. Namun, timbul pertanyaan bagaimana hendak membaca al-Quran dengan tadabbur? Pelbagai langkah disarankan oleh kebanyakan para ulama’ antaranya:
(i) Belajar bahasa arab.
(ii) Belajar tentang al-Quran ( tajwid, tarannum, tafsir).
(iii) Membaca al-Quran secara istiqamah.
(2) Qiamullail.
Qiamullail bermaksud kita menghidupkan malam dengan banyak beribadat serta bermunajat kepada Allah s.w.t. sebagai contoh dengan melaksanakan solat sunat tahajjud, solat hajat, solat tasbih, membaca al-Quran dan banyak lagi. Sebaik-baiknya qiamullail dilaksanakan 2/3 malam dan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum masuk waktu subuh.
(3) Banyakkan Istighfar.
Istighfar boleh dimaksudkan sebagai kita memohon keampunan daripada Allah s.w.t. diatas dosa-dosa kita yang telah lalu. Berikut merupakan dua prinsip istighfar yang penting:
(i) Mestilah mengikut dos atau bilangan yang Nabi Muhammad s.a.w. ajar. Dalam hadis sahih riwayat muslim, Nabi s.a.w. beristghfar sebanyak 100 kali manakala hadis sahih riwayat tirmidzi sebanyak 70 kali. Namun kebanyakan orang mempersoalkan mengapa digunakan angka 100, 70, 33 dan sebagainya. Imam ibn Hajar al-Asqalani membuat satu komentar yang sangat baik, beliau mengambil contoh seperti pesakit yang datang berjumpa doktor atau tabib. Kemudian doktor tersebut memberi ubat kepada pesakit serta bilangan ubat perlu dimakan sehari. Begitu juga dengan istighfar, jika ia diamalkan mengikut bilangan yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. pasti mendapat kebaikan disebaliknya.
(ii) Istighfar hendaklah secara beransur dan tenang.
(4) Kurangkan makan.
(5) Berdampinglah dengan orang-orang soleh
(6) Jauhi daripada lakukan dosa.
(7) Bacalah kisah orang soleh.
Semoga dengan langkah diatas dapat kita manfaatkan sebagai langkah untuk memastikan iman kita sentiasa dalam keadaan mantap.
Perlu difahami bahawa berkata-kata atau berbincang pada perkara yang mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri, masyarakat dan agama adalah sangat disuruh oleh syarak. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Dan hendaklah ada diantara kamu satu golongan yang menyeru kapada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyeru berbuat segala perkara yang baik. Serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)” (Surah ali-Imran: 104)
Sekian daripada saya….
Wassalam. ^_^
No comments:
Post a Comment