Thursday, February 14, 2013

Pengalaman suatu institusi kehidupan

Ada perkara yg perlu kita tahu dlm hidup ini. Apabila kita dirundung malang, pada satu sudut kita rasakan ia sesuatu yg sgt pahit dan menyakitkan. Tetapi apabila kita merentasi perkara tersebut, kita dpt merasakan ia suatu pengajian, institusi atau universiti kehidupan yg sgt bermakna kpd. kita. Kita tak mungkin jadi manusia yg halus jiwanya, tajam penilaiannya, luas pertimbangannya jika kita tidak dibekalkan dgn pengalaman. Manusia mungkin boleh mengutip pengetahuan drpd. mulut orang lain atau membacanya drpd buku, tetapi pengalaman sesuatu yg tidak sama sekadar pengetahuan biasa. Pengalaman adalah sesuatu yg besar yg mana menjadikan kita ini akan lebih halus perasaannya. Justeru, 
"Pengalaman itu universiti kehidupan"