Monday, May 23, 2011

Soalan Trivia


Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita. Mari kita uji minda kita dengan menjawab soalan-soalan trivia berikut:
(1)    Berapa kalikah nama Rasulullah s.a.w. disebut dalam al-Quran?
(2)    Surah pendek yang terdapat padanya 10 huruf waw (و) ialah…
(3)    Apakah kaitan piring Astro dengan kiblat?
(4)    Berapa kalikah perkataan solat diulang di dalam al-Quran?
(5)    Berapakah jumlah perkataan “hari” dan “bulan” diulang di dalam al-Quran?
(6)    Namakan tiga individu yang disebut nama mereka di dalam al-Quran dan mereka bukan para Nabi Allah?
(7)    Nama yang paling disukai oleh Allah ialah…
(8)    Ranking bahasa al-Quran di dunia ialah…
(9)    Hotline : 24434
Apakah yang tersirat disebalik nombor di atas?
(10)Sayyid al-Ayyam merujuk kepada

JAWAPAN
(1)    4 kali
(2)    Surah al-Asr.
(3)    Arah kiblat adalah 45° ke kanan piring Astro. Namun ini bukanlah cara yang tepat untuk menentukan arah kiblat.
(4)    5 kali, simbolik solat yang wajib ditunaikan.
(5)    Hari: 365 kali. Bulan: 12 kali (menurut Abdul  Razzaq Naufal)
(6)    Zulkarnain, Luqman al-Hakim, Al-Aziz dari Mesir.
(7)    Abdullah dan Abdul Rahman.
(8)    Tangga ke-5 bahasa yang paling banyak digunakan.
(9)    Jumlah rakaat solat fardhu bermula dengan solat Subuh dua rakaat hinggalah solat Isyak empat rakkat.
(10)Hari Jumaat (Sayyid al-Ayyam bermaksud Penghulu Segala Hari)

(Sumber: Majalah Solusi, Isu No.18)

Friday, May 6, 2011

Husnul Khatimah

1. Diakhiri dengan lafaz shahadah - Daripada Muaz r.a., bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesiapa yang pada akhir kalimatnya mengucapkan la ilaha illallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga." (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)

2. Dahinya berkeringat - Ini berdasarkan hadis daripada Buraidah Ibn al-Khasib berkata: "Allahuakbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda (maksudnya): Mati seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Riwayat Ahmad, Al-Nasai, Al-Tarmizi, Ibn Majah dll)

3. Mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat - Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Tidaklah seorang muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pasti Allah swt menghindarkannya daripada seksa kubur." (Riwayat Ahmad)

4. Mati dalam keadaan melakukan ibadah - seperti mati ketika dalam solat, puasa, umrah, haji atau berjihad.

5. Pujian daripada orang Islam terhadap si mati

Bagaimana kita mengakhiri hayat kita adalah penting, tetapi jauh lebih penting lagi adakah kita sudah bersiap sedia menghadapinya? Tepuk dada tanya iman :)

~Share from Ustaz Zahazan Mohamed~

Kalau tak dapat amalkan semua jangan tinggalkan semua.”

Sunday, May 1, 2011

B.A.R.A.K.A.H.

Assalamu’alaikum..
Terima kasih diucapkan kepada para sahabat diatas kesudian membaca post saya kali ini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Kali ini saya hendak berkongsi sedikit mengenai apa yang dikatakan sebagai KEBERKATAN
Pada tanggal 28/04 hari Khamis saya bersama 3 orang sahabat yang lain Izzat (BOB), Amirul dan Aqiff bersama-sama dalam satu usrah membincangkan isu-isu agama. Walaupun pada ketika itu kami berada dalam minggu peperiksaan tetapi kami bersyukur kerana diberi peluang oleh ALLAH s.w.t. untuk berdiskusi mengenai Islam.  Banyak perkara yang kami bincangkan tetapi apa yang mendapat perhatian adalah mengenai isu KEBERKATAN.
Dalam diskusi tersebut, yang mana dimulai oleh Izzat (BOB) menyentuh soal bagaimana ingin mendapatkan keberkatan dalam hidup melalui hubungan kita dengan ibu bapa. Manakala Amirul pula banyak membicarakan mengenai keberkatan dalam pelajaran dimana aspek yang ditekankan adalah kejujuran. Aqiff pula membentangkan mengenai keberkatan yang berpucuk pangkal daripada niat kita. Melalui perkongsian tersebut banyak input2 yang dapat dikongsi dan semoga dapat kami manfaatkan.
Namun kali ini, berdasarkan usrah dijalankan saya hendak berkongsi sedikit sebanyak mengenai apa yang dimaksudkan dengan KEBERKATAN.
Definisi
Keberkatan ini jika kita lihat dalam bahasa Arab dipanggil BARAKAH yang mana dari sudut bahasa bermaksud duduk. Namun bahasa Arab dengan penggunaan yang lebih luas BARAKAH berasal daripada perkataan BIRKAH yang membawa maksud kolam. Kolam ini seperti yang kita sudah ketahui bahawa ia mempunyai air yang mana jika kita ambil air daripadanya ia tidak akan terjejas. Kita tidak akan nampak ia mendap kebawah dan Inilah teori keberkatan. Kata seorang mufassir yang hebat dari Mesir beliau berkata keberkatan untuk mudah difahami adalah satu yang banyak disyukuri, yang sedikit mencukupi. Dengan sebab itu kita dituntut untuk mencari keberkatan dimana sahaja kita berada
Bagaimana hendak mendapatkan KEBERKATAN ?
Persoalan ini sering muncul dibibir orang awam dan menurut kebanyakan para Ulama’ keberkatan datang dengan beberapa sebab antaranya:
(1)   Bertakwa kepada Allah s.w.t.
(2)   Banyakkan beristighfar.
(3)   Banyakkan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
(4)   Menjalinkan silaturrahim.
(5)   Melakukan Ibadah sunat.
(6)   Banyakkan bersedekah.
(7)   Berdoa.
(8)   Zikrullah.
Semoga kesemua langkah diatas dapat kita sama-sama amalkan.
Kesimpulannya, keberkatan adalah sesuatu yang kita tidak nampak tetapi keberadaannya boleh dirasai  dalam kehidupan seharian. Sekian sahaja daripada saya semua yang baik datang daripada Allah s.w.t. mana yang kurang datang dari diri saya.  Sama-samalah kita amalkan.
“Sekian, terima kasih” ^_^
Kalau tak dapat amalkan semua jangan tinggalkan semua.”