Monday, May 23, 2011

Soalan Trivia


Sering kali persoalan kecil dan remeh terlepas pandang daripada perhatian kita. Namun fakta-fakta tersebut tidak kurang penting dan menarik untuk menambah ilmu, di samping menajamkan minda kita. Mari kita uji minda kita dengan menjawab soalan-soalan trivia berikut:
(1)    Berapa kalikah nama Rasulullah s.a.w. disebut dalam al-Quran?
(2)    Surah pendek yang terdapat padanya 10 huruf waw (و) ialah…
(3)    Apakah kaitan piring Astro dengan kiblat?
(4)    Berapa kalikah perkataan solat diulang di dalam al-Quran?
(5)    Berapakah jumlah perkataan “hari” dan “bulan” diulang di dalam al-Quran?
(6)    Namakan tiga individu yang disebut nama mereka di dalam al-Quran dan mereka bukan para Nabi Allah?
(7)    Nama yang paling disukai oleh Allah ialah…
(8)    Ranking bahasa al-Quran di dunia ialah…
(9)    Hotline : 24434
Apakah yang tersirat disebalik nombor di atas?
(10)Sayyid al-Ayyam merujuk kepada

JAWAPAN
(1)    4 kali
(2)    Surah al-Asr.
(3)    Arah kiblat adalah 45° ke kanan piring Astro. Namun ini bukanlah cara yang tepat untuk menentukan arah kiblat.
(4)    5 kali, simbolik solat yang wajib ditunaikan.
(5)    Hari: 365 kali. Bulan: 12 kali (menurut Abdul  Razzaq Naufal)
(6)    Zulkarnain, Luqman al-Hakim, Al-Aziz dari Mesir.
(7)    Abdullah dan Abdul Rahman.
(8)    Tangga ke-5 bahasa yang paling banyak digunakan.
(9)    Jumlah rakaat solat fardhu bermula dengan solat Subuh dua rakaat hinggalah solat Isyak empat rakkat.
(10)Hari Jumaat (Sayyid al-Ayyam bermaksud Penghulu Segala Hari)

(Sumber: Majalah Solusi, Isu No.18)

5 comments:

  1. 'Afwan..Terima Kasih kerana sudi komen..
    Semoga dapat kita ambil manfaat daripada perkongsian ini..

    ReplyDelete
  2. harap lepas ni perkongsian macam ni dpt diteruskan. ;) syukran

    ReplyDelete
  3. Insya Allah perkongsian seperti akan diteruskan sebagai peringatan kepada kita...:)

    ReplyDelete