Assalamu’alaikum..
Terima kasih diucapkan kepada para sahabat diatas kesudian membaca post saya kali ini. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang Muslim. Kali ini saya hendak berkongsi sedikit mengenai apa yang dikatakan sebagai KEBERKATAN
Pada tanggal 28/04 hari Khamis saya bersama 3 orang sahabat yang lain Izzat (BOB), Amirul dan Aqiff bersama-sama dalam satu usrah membincangkan isu-isu agama. Walaupun pada ketika itu kami berada dalam minggu peperiksaan tetapi kami bersyukur kerana diberi peluang oleh ALLAH s.w.t. untuk berdiskusi mengenai Islam. Banyak perkara yang kami bincangkan tetapi apa yang mendapat perhatian adalah mengenai isu KEBERKATAN.
Dalam diskusi tersebut, yang mana dimulai oleh Izzat (BOB) menyentuh soal bagaimana ingin mendapatkan keberkatan dalam hidup melalui hubungan kita dengan ibu bapa. Manakala Amirul pula banyak membicarakan mengenai keberkatan dalam pelajaran dimana aspek yang ditekankan adalah kejujuran. Aqiff pula membentangkan mengenai keberkatan yang berpucuk pangkal daripada niat kita. Melalui perkongsian tersebut banyak input2 yang dapat dikongsi dan semoga dapat kami manfaatkan.
Namun kali ini, berdasarkan usrah dijalankan saya hendak berkongsi sedikit sebanyak mengenai apa yang dimaksudkan dengan KEBERKATAN.
Definisi
Keberkatan ini jika kita lihat dalam bahasa Arab dipanggil BARAKAH yang mana dari sudut bahasa bermaksud duduk. Namun bahasa Arab dengan penggunaan yang lebih luas BARAKAH berasal daripada perkataan BIRKAH yang membawa maksud kolam. Kolam ini seperti yang kita sudah ketahui bahawa ia mempunyai air yang mana jika kita ambil air daripadanya ia tidak akan terjejas. Kita tidak akan nampak ia mendap kebawah dan Inilah teori keberkatan. Kata seorang mufassir yang hebat dari Mesir beliau berkata keberkatan untuk mudah difahami adalah satu yang banyak disyukuri, yang sedikit mencukupi. Dengan sebab itu kita dituntut untuk mencari keberkatan dimana sahaja kita berada
Bagaimana hendak mendapatkan KEBERKATAN ?
Persoalan ini sering muncul dibibir orang awam dan menurut kebanyakan para Ulama’ keberkatan datang dengan beberapa sebab antaranya:
(1) Bertakwa kepada Allah s.w.t.
(2) Banyakkan beristighfar.
(3) Banyakkan bertawakkal kepada Allah s.w.t.
(4) Menjalinkan silaturrahim.
(5) Melakukan Ibadah sunat.
(6) Banyakkan bersedekah.
(7) Berdoa.
(8) Zikrullah.
Semoga kesemua langkah diatas dapat kita sama-sama amalkan.
Kesimpulannya, keberkatan adalah sesuatu yang kita tidak nampak tetapi keberadaannya boleh dirasai dalam kehidupan seharian. Sekian sahaja daripada saya semua yang baik datang daripada Allah s.w.t. mana yang kurang datang dari diri saya. Sama-samalah kita amalkan.
“Sekian, terima kasih” ^_^
“ Kalau tak dapat amalkan semua jangan tinggalkan semua.”
semoga usrah begini dapt diteruskan di masa2 hadapan...
ReplyDeletebukan sahaja dapat menambah ilmu2 agama malah dapat melatih diri untuk berani berdakwah...
Ya sya stuju "yang banyak disyukuri, yang sedikit mencukupi". Saya gembira dpt kongsi sedikit ilmu yg saya ada.
ReplyDeleteBtw, MUFASSIR itu apa?
izzat amir: Insya Allah semoga kita dapat teruskannya...
ReplyDeleteAmirul: tq kerana setuju..MUFASSIR adalah gelaran yg diberikan kpd ahli pentafsir al-Quran..sebagai contoh al-Imam Sheikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi. Beliaulah yg mengatakan "yang banyak disyukuri,yang sedikit mencukupi"...
Thanks for your comments~