Thursday, March 31, 2011

JIKA KITA MENGAMALKAN CARA HIDUP MEREKA

Jarir bin Abdillah Al-Bajali (w.51 H) seorang sahabat Nabi s.a.w. yang sangat elok rupanya. Malah Umar bin Al-Khattab pernah menyebutnya sebagai “Nabi Yusuf” umat ini. Jarir masuk Islam pada tahun 10 H di Madinah dan mengucap baiah (sumpah setia) kepada Rasulullah s.a.w. dan dia berkata, “Aku berbaiah kepada Rasulullah s.a.w. untuk selalu mendirikan solat, membayar zakat dan memberi nasihat terhadap setiap Muslim.” Alhamdulillah, sampai akhir hayatnya, Jarir tetap berpegang teguh dengan tiga janji yang ia ucapkan ini.

Kemuliaan Jarir Bin Abdillah Al-Bajali dapat dilihat dalam kisah yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tabarani dalam Mu’jam Al-Kabir meriwayatkan bahawa pada suatu hari Jarir pergi ke pasar dengan pembantunya untuk membeli seekor kuda. Setelah melihat kuda yang diinginkannya, Jarir memerintahkan supaya membelinya. Pembantunya dan pemilik kuda sepakat dengan harga tiga ratus dirham, lalu mereka mendatangi Jarir untuk mengambil wang yang disepakati.

Wednesday, March 2, 2011

Kuliah Subuh

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t. dan terima kasih diucapkan kepada pembaca2 yang sudi membaca post2 saya sebelum ini. Jika nak dibandingkan kandungan serta aplikasi blog ini taklah sebaik serta secanggih para blogger lain, namun diharap dengan usaha ini dapat kita ambil manfaat walaupun sedikit kerana sedikit yang diamalkan lebih baik daripada banyak yang ditinggal-tinggalkan.
Pepatah Arab ada berkata “ Orang yang tiada apa-apa, tak boleh nak bagi apa-apa”. Justeru saya yang serba kekurangan ni hanya nak bercerita dan berkongsi apa yang saya mampu sahaja kerana lazimnya manusia ni serba kekurangan.
Kali ini sesuai dengan tajuk, saya nak ceritakan di mana tanggal 27/2/2011 hari ahad, saya bersama 3 orang sahabat yang lain, Izzat(Bob), Wafiy dan Yusrin pergi ke Masjid Taman Universiti. Tujuan kami pergi ke sana adalah untuk mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh seorang ulama’ yang begitu tinggi ilmunya iaitu Ustaz Haji Zahazan Mohamed. Selama ini saya hanya melihat serta mendengar syarahannya dalam tv dan radio, tetapi kali ini saya dapat bertemu dengan beliau secara langsung. Saya  merasakan  pegalaman ini memang tak dapat dilupakan dan merasa sedikit kecewa kerana tidak dapat mengambil gambar bersama beliau tetapi dapat bersalam-salaman dengannya.
Berikut merupakan sedikit pengenalan mengenai Ustaz Haji Zahazan Mohamed.
·    Dilahirkan di Melaka pada tahun 1974.
·    Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Kg. Gelam dan kemudian   melanjutkan pelajaran di Sek. Men. Keb.Agama Sultan Muhammad, Melaka. Seterusnya memasuki Kolej Islam Klang pada tahun 1990. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Yarmouk, Jordan (19921996). Mendapat Ijazah sarjana (MA) dalam Bahasa Arab di UM (2001) dan meneruskan pelajarannya ke peringkat PhD.
·         Antara karya beliau:
1.       Indahnya saat Bersama-mu.
2.       300 Hadith Bimbingan.
Disini saya nak berkongsi sedikit sebanyak mengenai input2 yang diberi oleh beliau dalam Kuliah Subuh tersebut. Seperti kebiasaannya Ustaz akan memulakan kuliahnya dengan membacakan sepotong ayat al-Quran dan dalam kuliah tersebut beliau memulakan ayat dalam surah at-Taubah. Antara intipati ayat ini menerangkan mengenai pengutusan Rasulullah s.a.w. dalam membimbing umat manusia dan menegakkan ajaran Allah s.w.t.  Dalam kuliah tersebut kami juga diterangkan oleh Ustaz mengenai kecintaan para ulama’ terhadap ilmu seperti Imam Syafie’ dan Imam Ahmad serta bagaimana kecintaan umat Islam terhadap ilmu pada zaman itu. Selain itu, kami juga diberitahu mengenai prinsip yang perlu  kita patuhi iaitu Syariatullah dan Sunnatullah. Kedua-duanya perlu diseimbangkan agar hidup kita sentiasa berada dalam landasan syariat Allah s.w.t.
Akhir sekali, berbalik mengenai Ustaz Zahazan antara kelebihan yang ada pada beliau adalah dalam setiap pandangan atau kata2  beliau pasti disokong dengan dalil2 daripada nas al-Quran, Hadith dan kisah para sahabat dan tabi’in. Tidak pernah beliau bercakap kosong dalam syarahannya. Hal ini menunjukkan bagaimana tingginya disiplin metod yang dibawa oleh Ustaz dalam dakwahnya.  
Saya rasa sampai disini sahajalah perkongsian kali ini. Ibrahim Khawas pernah berkata salah satu cara bagaimana hendak bersihkan hati adalah berdampinglah dengan orang soleh. Justeru marilah kita berdamping dengan orang2 soleh dan ajaklah rakan2 kita untuk bersama-sama dengan kita dalam mencari Redha Allah s.w.t. 
Sesungguhnya yang baik semuanya datang daripada Allah s.w.t. dan yang tidak baik turut datang daripada Allah s.w.t. tetapi disandarkan diatas kelemahan diri saya.  
Sekian, Terima Kasih  ^_^