Assalamualaikum.
Pendahuluan
Apa yg nak saya ketengahkan dalam post kali ini adalah mengenai penjagaan hati. Seperti yg sudah diketahui umum, hati merupakan satu anggota yg semua manusia memilikinya. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
...Ingat! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.
(H.R. Bukhari & Muslim)
Melalui hadis ini, jelaslah menunjukkan bahawa hati amat mempengaruhi gerak geri diri seseorang itu. Jika baik hatinya maka baiklah tingkah lakunya dan begitu juga sebaliknya.
Persoalannya, bagaimana kita hendak menjaga atau memupuk hati kita sebagaimana yang telah disyariatkan dalam Islam. Penjagaan hati atau dipanggil juga Tazkiyatun Nufus menjadi satu topik perbincangan serta telah lahir banyak formula yg diketengahkan oleh para ulama' mengenai penjagaan hati. Sebagai contoh Hujjatul Islam Imam Ghazali yang telah mengarang banyak kitab seperti Ihya' ulummuddin dan Mukashafah al Qulub yg mana salah satunya bertujuan untuk mendidik hati agar mengikut acuan yang ditentukan Islam....to be continued
cantek cover solusi tu an. :)
ReplyDeleteecece...asyik ingt jew..
ReplyDeleteHazimah: thanx
ReplyDeleteBob: betul la kite mesti saling ingt mengingati...:)