Di ceritakan, ada seorang lelaki bakhil dan munafik bersumpah untuk menceraikan isterinya bila isterinya memberikan sedekah. Kemudian datang seorang pengemis mengetuk pintu rumahnya seraya berkata, "Demi hak Allah, apakah engkau tidak akan memberiku sesuatu?" Lalu perempuan itu memberikan tiga potong roti. Apabila diketahui oleh suaminya terus memanggil pengemis itu dan berkata,"Siapakah memberimu roti?" Pengemis itu menjawab,"Aku diberi oleh seorang wanita penghuni dirumah itu." Lalu si suami itu masuk ke rumah dan berkata kepada isterinya."Bukankah aku telah bersumpah agar engkau tidak memberikan sesuatu kepada seseorang pun?" Si isteri menjawab,"Aku memberi kerana Allah." Si suami menyalakan tungku. Setelah panas lalu berkata kepada isterinya. "Masuklah ke situ kerana Allah!" Si isteri kemudian bangkit dan mengambil perhiasannya. "Tinggalkan perhiasan itu!" Kata si suami. Si isteri menjawab,"Seorang pencinta akan berhias untuk kekasihnya. Dan aku hendak menemui kekasihku." Kemudian dia masuk ke dalam tungku itu. Lelaki munafik menutup tungku dan meninggalkan pergi. Setelah tiga hari dia datang lagi dan membuka tungku itu. Dia lihat isterinya selamat dengan kekuasaan Allah sehingga lelaki itu hairan. Kemudian ada suara berkata,"Apakah engkau tidak tahu bahawa api tidak akan membakar kekasih-Ku?"
(Sumber: Mukhashafah Al-Qulub karangan Imam Al- Ghazali)
"Kalau tak dapat amalkan semua, jangan tinggalkan semua"
semoga menjadi renungan bersama
ReplyDeleteInsya Allah..
ReplyDelete