Berlaku pada zaman Nabi Daud a.s. memerintah. Di mana baginda telah didatangi oleh dua rakyatnya yang berselisih dalam kes binatang dan tanaman. Orang yang pertama memiliki kebun tetapi telah dirosakkan oleh kambing-kambing milik seorang lagi. Nabi Daud a.s. menjatuhkan hukuman agar tuan kepada kambing-kambing menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi. Manakala anakanda Nabi Daud a.s. iaitu Nabi Sulaiman a.s. pula mencadangkan agar kambing-kambing itu diserahkan kepada pemilik kebun sementara kebun pula diberikan kepada tuan kambing.Ini kerana kedua-dua pihak berhak memanfaatkan bahagian masing-masing sehinggalah kebun kembali kepada keadaan asalnya dibawah jagaan tuan kambing yang telah merosakkannya.
Kisah ini diceritakan dan terdapat dalam Tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 79, Surah al-Anbiya'). Maka menerusi ayat ini, Allah s.w.t. menerima pandangan Nabi Sulaiman a.s. sebagai penyelesaian.
Menurut al-Syeikh Muhammadul Amin al-Syanqiti, ayat ini menunjukkan anugerah ilmu pengetahuan yang berbeza kepada dua orang Nabi iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Allah s.w.t. memberi Nabi Sulaiman apa yang tidak dikurniakan kepada Nabi Daud dengan kehendaknya. (Adwa' al-Bayan, tafsir ayat 78-79 surah al-Anbiya')
Justeru saya mengajak para pembaca sekalian untuk beramal dengan membaca ayat 79 surah al-Anbiya' sama ada untuk diri sendiri, anak atau pasangan bagi mendapat berkat ilmu yang Allah s.w.t. kurniakan kepada hamba-Nya yang mulia iaitu Nabi Sulaiman yang pernah menjadi raja yang adil serta bijaksana dalam menyelesaikan sebarang perselisihan rakyatnya.
"Kalau tak dapat amalkan semua, jangan tinggalkan semua"
Pengajaran yang bagus dari para anbiya.
ReplyDeletesama-sama kita ambil pengajaran daripadanya..
ReplyDelete